Rezeki Kita dan Rezeki Mereka…

August 2nd, 2007 by wanfaizal

Haji Seman terkejut mendengar orang beri salam kapadanya dari belakang.
"Waalaikumsalam warahmatullahi wabaraktuh," dia menjawab sambil menoleh
kebelakang. Sarjan Khamis rupanya.

"Dari jauh saya nampak Pak Man kat warung mamak Kooty tadi," kata Sarjan Khamis.

"Ah
ah. Ni beli lauk. Mak haji ko tu kurang sihat. Tak masak ari ni," jawab
Haji Seman sambil menunjukkan bungkusan ditangannya.

"Sakit apa mak haji tu?" Sarjan Khamis bertanya.

"Ah,
sikit jer. Sengal-sengal kat badan dia. Biasa le. Dah tua-tua ni," Haji
Seman menjelaskan. Namun pandangannya tidak tertumpu pada teman
percakapannya itu kerana dari jauh dia melihat sepasang hamba Allah
sedang tergesa-gesa.

"Eh?naper lak dengan siAbu laki-bini tu. Tergesa-gesa jer," dia bertanya.

"Ya tak ya..eh, Pak Man," kata Sarjan Khamis.

Kedua
suami-isteri itu, Abu dan Azizah, semakin hampir. Haji Seman segera
menyapa mereka. "Assalamualaikum. Apasal ni, Abu. Kelang kabut, jer."

"Anak saya kemalangan, Pak Man," Abu menyahut dengan tergesa-gesa sehingga lupa menjawab salam Haji Seman.

"Mana satu?" Sarjan Khamis bertanya. Abu dan Azizah mempunyai empat orang anak yang sudah bersekolah semuanya.

"Junaidi,
Sarjan," jawab Abu. "Tadi ada orang dari sekolah dia datang kerumah.
Katanya Junaidi dibawa ke spital. Dia jatuh tergelincir. Kepalanya
berdarah katanya." 

"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun,"
sambut Haji Seman. "Ha? pergi le nko cepat. Nko ada duit tak?" Haji
Seman bertanya lagi. Dompetnya sudah ditangan.

"Tak?.takpe le, Pak Man," kata Abu. Gugup. Segan dia dengan Haji Seman. Sudah banyak kali Haji Seman memberi tanpa diminta.

"Udah
le. Nko ambil ni buat apa-apa urusan yang patut. Nah!’ paksa Haji
Seman. Wang seratus ringgit dimasukkan kedalam saku baju Abu.

"Terima kasih, Pak Man," Abu dan isterinya hampir serentak mengucapkan kalimah itu.

"Sesama. Ha?pergi cepat," gesa Haji Seman. "Cepat bagi tau kalau ada apa-apa."

Abu dan Azizah segera beredar.

Haji Seman menggeleng kepala tanda simpati. "Alhamdulillah. Aku telah menunaikan amanah mu, ya Allah," dia berkata.

Sarjan Khamis mendengar ucapan Haji Seman itu. Dia hairan. "Kenapa, Pak Man," dia bertanya. "Amanah apa?"

Haji
Seman ketawa kecil. "Awak tau, Sarjan," katanya. "Biasanya kalau saya
nak kewarung mamak Kooty ni, saya cuma bawak duit yang cukup jer. Kalau
lebih pun sikit jer. Tapi ari ni macam tergerak
lak hati saya nak bawak beg duit saya ni."

"Memang le. Rezeki siAbu tu ada pada saya," sambung Haji Seman.

"Camne lak, Pak Man," Sarjan Khamis masih bingung.

"Ya
le. Kekadang tu rezeki yang kita dapat tu sebenarnya untuk orang lain.
Walaupun pada zahirnya kita yang berusaha untuk mendapatkannya. Tapi
pada hakikatnya Allah telah menyalurkan rezeki
orang lain pada
kita. Diamanahkan oleh Allah pada kita. Dan kita wajib melaksanakan
amanah itu. Disamping merasa syukur kerana Allah telah meletakkan
kepercayaanNya kapada kita."

"Kalau begitu percuma jer le apa yang kita usahakan tu," kata Sarjan Khamis. 

"Ish?mana
lak percuma," Haji Seman membantah. "Awak dah dapat hak awak. Yang
lebihnya tu. Ha..awak perlu berhati-hati. Sebab mungkin orang lain yang
punya. Tak kira le sedara ke. Anak-anak ke. Sebab jalan yang Allah
tunjukkan kapda mereka tu menuju kapada kita. Seolah-olah Allah berkata
kapada mereka: "Pergilah engkau kapada sifulan itu. Rezeki engkau ada
padanya."  "Tapi macam mana kita nak tau yang rezeki tu milik orang
lain?" tanya Sarjan Khamis lagi.

"Bila sampai masanya awak
akan tahu sendiri," jelas Haji Seman. "Hati awak tidak akan bertanya
lagi. Tidak ada soal ikhlas atau tidak. Tidak ada soal apa-apa lagi.
Rezeki itu akan terus keluar kapada yang empunya bagai air dari
pembuluh."

Sekian. Wassalam.

Sumber:http://www.sambest.net/v4

Di Pondok Kecil

February 10th, 2006 by wanfaizal


dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam

Di Pondok Kecil
Album :
Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com

Dari Kerana Mata…

December 26th, 2005 by wanfaizal

1. Jagalah mata lahir dengan sebaik-baiknya, jangan gunakan sewenang-wenangnya kerana ia boleh melemahkan atau membutakan mata hati atau mati batin.

2. Biarlah mata kepala rabun atau buta, kerana ia hanya menyusahkan kehidupan di dunia, tapi kalau mata hati rabun atau buta ia akan menyusahkan kehidupan di Akhirat yang semua orang akan tinggal di sana kekal abadi.

3. Mata lahir macamlah lampu kereta, kalau selalu sahaja main-main lampu itu akan melemahkan bateri, begitulah kalau mata lahir selalu sahaja main-main tengok yang haram ia akan melemahkan mata hati.

4. Mata adalah satu anggota badan yang mempunyai peranan dan falsafah hidupnya yang tersendiri. Di antaranya:

i. Kalau ia memandang sambil lewa ertinya ia melihat sambil berfikir.

ii. Kalau ia memandang secara menjeling ada rahsia yang dia hendak tahu atau ada perkara yang dia curigai, atau hendak mencuri pandangan agar orang tidak tahu.

iii. Kalau ia memandang dengan tajam sambil merenung ertinya ia memandang sambil berfikir kerana ingin memahami apa yang dia lihat.

iv. Kalau dia memandang dengan membeliakkan mata bererti dia merasa hairan apa yang dia lihat atau dia marah pada seseorang.

v. Kalau dia memandang di satu hala lama pula dan biasanya badannya tidak digerakkan mungkin dia berkhayal atau merenung akan sesuatu di masa yang lalu atau memikirkan di masa depannya apa nasibnya.

vi. Kalau dia menggunakan mata melihat ke tempat-tempat dialihnya di satu tempat ke satu tempat atau pandangannya dilirik-lirikkannya ertinya dia terpesona atau kagum dengan apa yang dia lihat atau merasa aneh atau merasa gerun boleh jadi juga merasa jijik.

vii. Kalau dia mengenyit-ngenyitkan mata ertinya memberi isyarat sesuatu kepada seseorang atau memberi signal kepada seseorang yang dia telah jatuh hati kepada orang itu.

viii. Kalau dia memejamkan mata bererti dia hendak tidur atau hendak mengingatkan sesuatu yang dia telah lupakan.

ix. Kalau dia memain-mainkan mata atau menggerak-gerakkan mata, mengenyit- ngenyitkan mata ertinya dia hendak bergurau. Biasanya selalu digunakan kepada kanak-kanak.

x. Kalau mata memandang secara liar sama ada ketakutan atau hendak mengintip orang yang buat salah atau ada seseorang yang hendak dicari atau ada orang yang dicurigai.

xi. Mata keranjang, seseorang yang suka melihat perempuan atau perempuan suka sangat melihat lelaki kerana tidak dapat mengawal nafsunya.

xii. Kalau mata dipejamkan dengan muka kerut sama ada menahan sakit, atau menahan rasa makanan yang pahit atau masam atau pedas.

xiii. Kalau mata itu sudah kuyu atau layu antara terbuka dan terkatup menunjukkan seseorang itu mengantuk hendak tidur.

xiv. Kalau mata itu sudah layu badan ikut longlai, ampun maaflah terpaksa juga saya menyebutkan, itu menunjukkan seseorang itu sudah terlalu bernafsu.

5. Pandangan mata lahir boleh mengingatkan kita kepada Allah Taala dan juga boleh melalaikan kita daripada Allah.

6. Pandangan mata lahir boleh merasakan mata hati kebesaran Allah dan kehebatan Allah Taala atau boleh sekadar merasakan kecantikan dan kehebatan apa yang dia lihat semata-mata.

7. Mata kepala boleh membutakan mata hati, kalau dia melihat tidak disertakan dengan Allah dan juga boleh menghidupkan mata hati jika disertakan dengan Allah Taala.

Permaisuri Hatiku

November 26th, 2005 by wanfaizal

Di antara kekasih pilihan dihati

Punyai budi penghias
diri
Wajahnya lembut biasan perkerti yang tinggi
Indahnya perhiasan
dunia

Diantara diriku juga diri-mu
Hanya mengharapkan cinta yang
Satu
Ku kan binakan mahligai impian-mu
Oh.. sayang ikhlaskanlah
hati-mu

Malu-mu bernilai
Kata-mu berhikmah
Hati-mu tulus suci dan
murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha
Allah

Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas
syariatnya
Semuanya itu hanya ujian didunia
Ia adalah mahar untuk kita ke
syurga

Oh… Kau Permaisuri di hati-ku
Di dunia ini engkau
penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku pasti akan terus
menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku
pimpin tangan-mu oh kasih meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai
kepada-Nya disyurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hati ku

Untuk menemani dalam mengapai cinta-Mu

Album : Jalan Bahagia
Munsyid :
Hijjaz
http://liriknasyid.com

P/S: Cinta kpd Allah, Cinta yg Hakiki..yang pasti akan terbalas..tanpa sebarang keraguan..tiada rasa cemburu..tiada hasad dengki..hanya ketenangan dan sakinah yang akn diperolehi..Cinta kpd manusia..korang pun tau macam maner..takyah nak aku cerita..huhuhu..

Dia Kekasih Allah

November 21st, 2005 by wanfaizal

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Lagu : Putra Aiman
Hijjaz Records Sdn.Bhd
Lirik : Ito Lara
Gurindam Entertainment

P/S: None….

Anak Soleh

November 17th, 2005 by wanfaizal
Uuuu…

Kenangi Ibu Bapa
Doakanlah Sejahtera
Kita Anak Harus Membela
Apabila Sudah Dewasa

Jangan Biarkan Mereka
Sia-Sia Di Hari Tua
Kecewa Hidup Dan Merana
Kerna Perbuatan Anak Derhaka

Bahgiakan Mereka
Hingga Ke Hujung Usia
Bila Sampai Waktu Ajalnya
Anak Soleh Sebagai Harta

Hai… Ibu Bapa
Kami Permata Anda
Tidak Jemu Berdoa
Agar Sejahtera Terpelihara

Di Dunia Bahagia
Akhirat Pun Begitu Jua
Inilah Harapan Kami Semua
Moga Allah Kabulkan Doa

Album :
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com

P/S: masa first time dgr lagu ni dulu, menitis air mata aku tanpa disedari…kwn2, tanpa ibu bapa siapalah kita, kenangilah jasa mereka, berbaktilah kpd mereka, jgn disakiti hati mereka, doakan mereka bahagia dunia akhirat, dan mintalah restu dari mereka atas setiap perkara yg kita lakukan…

Sebelum Terlena

November 15th, 2005 by wanfaizal
Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebnelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku

Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu

Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz

http://liriknasyid.com
P/S: Sblm tidur bacalah doa tidur…ayat kursi…kalimah tauhid Lailahaillallah…selawat atas Nabi S.A.W…surah al-Ikhlas 3 kali…doakan umat Islam…maafkan kesalahan org kat kita…moga kita juga dimaafkan…zikir sampai terlena…harap2 besok boleh bgn subuh…

Cara Mudah Menjaga Kesihatan.

June 26th, 2005 by wanfaizal

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun
sebelum subuh, melaksanakan sholat sunah dan
sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah. Hal ini
memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari
kamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut
halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan
berminyak wangi.
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap
orang-orang dewasa.
Demikian pula menggosok gigi dan memakai
harum-haruman"(HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul :
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum
lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (
tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan
sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu
tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya
Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan
jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya.
Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir,
pori-pori terbuka dan peredaran darah akan
berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah
penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai
3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan
kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah
belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh
kebersihan dan kesehatan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk,
   dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta ‘awwudz, karena marah itu dari Syaithon
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan
   kegundahan hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis
yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap
sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta
tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa,
mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan
tindakan preventif yang sangat tepat.

::Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat
mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat
mahmudah…::

Kalau rajin… Tolong sebarkan maklumat ini kepada
saudara Muslim Muslimat
yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran
kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah
salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia

wallahu’alam….

Bacalah..tapi berhati2..

April 7th, 2005 by wanfaizal

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

Assalamualaikum

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak  berhati-hati.

Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud ‘matahari’

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8) AMIN …………….hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA……dua harakat, MIN …. 3 harakat, semoga Amin kita

bersamaan dengan Amin malaikat ….. Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya,

Insya-Allah.

wassalam.